Dec 31, 2010

Posted by team PRO at 9:47 AM 0 comments

Dec 24, 2010

Posted by Nisa' Selangor at 2:12 AM 0 comments
:: Promotion 1 ::


:: Promotion 2 ::


Kepada yang minat giler snap-snap tu, ade baek korang masuk pertandingan ni..mane la tau, kot buley menang ke...kalau xde gamba sgt, pilih le gamba-gamba dalam FB korang tu hihiii :)

Kepada yang kreatif, buleh masuk pertandingan cipta Slogan.
Luahkan Rasa Persaudaraan antara Rakyat Malaysia melalui Pertandingan Slogan "Kita Bersaudara" 2010 iaitu.....

" ................. kerana "Kita Bersaudara" "


Jom rebut peluang!!!


** Sila klik pada gambar untuk besarkan gambar
** Rujukan: http://kitabersaudara2011.blogspot.com/2010/12/pertandingan-lengkapkan-slogan-kita.html

Kursus Pengucapan Awam

Posted by Nisa' Selangor at 12:41 AM 0 comments


Kursus Pengucapan Awam

Tarikh: 25 - 26 Disember 2010
Tempat: Hotel Bluewave, Shah Alam

Tiada bayaran yuran dikenakan, kepada sahabat-sahabat yang boleh menyertai kursus di atas,
sila inform Kak Nora ye!!!

(Kak Norazila: 019-2397781)


Dec 15, 2010

Jambori Nisa' Selangor 2010 Kini Kembali

Posted by Nisa' Selangor at 12:42 AM 0 comments



TARIKH :
17-19 Disember 2010/11-13 Muharam 1432H

TEMPAT :
Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES)
Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor.

MASA :
Jumaat (petang) - Ahad (tengah hari)

SASARAN PESERTA :
Remaja perempuan Islam (13-18 tahun)

PENGENALAN
Program Jambori NISA’ Selangor ini adalah merupakan program tahunan anjuran Nisa’ Selangor, dan pada tahun ini adalah merupakan penganjuran buat kali yang ke 2 dengan bertemakan ‘I’M PROUD TO BE A MUSLIM’. Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu sumbangan kecil Nisa’ Selangor dalam usaha mendidik masyarakat terutamanya golongan remaja, selaras dengan motto NISA’, ‘Penghubung Generasi Muda’.

OBJEKTIF
-Melahirkan rasa cintakan Islam dan bangga menjadi muslimah.
-Memantapkan jati diri peserta agar mempunyai daya tahan untuk terus tetap berakhlak dengan akhlak Islam dalam suasana pengaruh persekitaran yang pelbagai.
-Membimbing peserta ke arah menjadi individu muslim yang peduli (mahu mengambil tahu) dan mampu berperanan sebagai duta kecil Islam kepada masyarakat di sekelilingnya dalam usaha menyampaikan mesej dakwah Islam.
-Membina dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di antara peserta dengan ahli Nisa Selangor.
-Memperkenalkan Nisa’ Selangor sebagai suatu organisasi yang aktif melaksanakan pelbagai bentuk program dalam usaha menghubungkan generasi muda agar lebih dekat kepada Islam.

BENTUK PENGISIAN PROGRAM
-Ceramah dan diskusi dua hala.
-Slot khas bersama Imam Muda Asyraf
-Aktiviti bermodul dalam kumpulan kecil dengan
bimbingan intensif fasilitator.
-Praktikal dan pemantapan amalan ibadat sunat (solat fardhu berjemaah, Qiamullail, solat sunat Dhuha, bacaan Al Quran, bacaan Al Mathurat dll).
-Melibatkan peserta sebagai imam solat, pengerusi majlis, ketua kumpulan dan lain-lain.
-Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)


(Sila hubungi Kak Comey kita Kak Nadzirah di nombor: 013-4664695)

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Anugerah khairat kematian sebanyak RM 2,500 tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial. PERCUMA! Anugerah istimewa Kerajaan Negeri Selangor untuk WARGA EMAS dan OKU

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Wanita Selangor

Wanita Selangor
Kembalikan rasa hormat dan hak kesaksamaan kepada wanita demi pemulihan keselamatan sosial

Ibu Tunggal Selangor (ITS)

Ibu Tunggal Selangor (ITS)
Salah satu objektifnya ialah sebagai sumber penyelaras dan perlaksanaan kursus-kursus kemahiran dan peningkatan pengetahuan bagi meningkatkan pengupayaan kapasiti (capacity building) ibu tunggal dan keluarga.

Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel)

Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel)
Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) ditubuhkan pada 8 Julai 2010 di bawah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YDAQAHS). Objektif penubuhannya ialah untuk mengurangkan isirumah miskin terutamanya di luar Bandar. SkimSel mengamalkan kaedah pemberian pembiayaan yang mudah, berpenyeliaan rapi dan berasaskan pematuhan disiplin kredit, tanpa cagaran, tanpa penjamin dan tanpa tindakan undang-undang.

nak kongsi petua/tips? emailkan kepada kami di teampronisa@gmail.com

Sape kate hampas kopi useless? Eh eh..korg jgn buang dulu hampas tu. Ia amat brguna utk mndapatkn wajah/kulit yg halus & bersih. Caranya, ambil hampas trsebut & tonyoh kt muka selama 10 min. Kemudian cuci dgn air bersih + selawat + doa penerang hati. Boleh amalkn setiap pg. Insyaallah licin & segar. Org pun sedap memandang. Boleh try sbg scrub bdn juga..(yg ini sy belum prnh try.sape2 yg prnh try,leh share keberjayaannya.hehee). Sy prnh cuba ms skolah dulu tp kt tgn la..(terkebetulan). Member skolh tegur tgn sy halus. Sy pelik jg sbb sy mmg x pakai lotion apa2. Just share dgn mereka, ramas2 la dgn hampas kopi. Nnt licin r...hehee... Kirenye ini backup utk cover line la klu mak mertua pelik tgn kta halus...hahaa..(pecah rahsia aku!!) kihkihh :) Slamat mencuba! ;)
 

Nisa' Selangor Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei