May 4, 2011

DAFTAR SEGERA !!

Posted by Nisa' Selangor at 7:57 PM 0 comments
" SUKAN SIHAT ITU IBADAH "




* SERLAHKAN BAKAT ANDA KEPADA KAMI, JOM! *

Apr 8, 2011

SPM 2010: Maahad Muhammadi (L) lulus 100%

Posted by Nisa' Selangor at 6:27 PM 0 comments
-Muhammad Yusri Amin-

KOTA BHARU, 24 Mac: Maahad Muhammadi Lelaki mencapai kelulusan seratus peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, manakala Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Nik Muhammad Farhan memperolehi 11 A+ bagi kesemua mata pelajaran SPM yang diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat pengumuman itu semalam, berkata daripada seramai 270 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang menduduki peperiksaan SPM 2010 telah mencapai kelulusan seratus peratus.

“Daripada 270 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2010 itu, satu orang memperolehi 12 A, sembilan orang 9 A, 14 orang 10 A, enam orang 9 A, enam orang 8 A dan 27 orang mendapat 7 A.

“Daripada jumlah pelajar tersebut, 10 orang diisytihar sebagai Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi Maahad Muhammadi Lelaki.

“Sementara Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi keseluruhan pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan keseluruhan pelajar negeri Kelantan sekolah di bawah YIK ialah Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam, yang memperolehi 11 A+ bagi kesemua 11 mata pelajaran yang diambilnya,” katanya.

Beliau membuat mengumumkan itu pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini.


Berdasarkan analisis segera persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 selepas keputusan diumumkan, dari segi pencapaian “A” seramai 40 orang pelajar telah memperolehi 11 A di seluruh sekolah di bawah YIK.

Sementara seramai 51 orang memperolehi 10A, 76 orang 9A, 91 orang 8A dan 158 orang 7A.

Menurutnya, pada 2010 dilihat peningkatan agak tinggi dalam pencapaian bagi sekolah YIK di seluruh negeri.

“Pada 2009, pencapaian keseluruhan pelajar SPM sekolah-sekolah YIK ialah 95.91 peratus.

“Sementara pada 2010, menunjukkan peningkatan iaitu peratus pencapaiannya sebanyak 96.89. Menunjukkan kenaikan geraf pencpaian berlaku pada setiap tahun bagi semua peperiksaan sekolah di bawah YIK,” katanya.

Berdasarkan laporan keputusan peperiksaan SPM 2009, sebanyak 10 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai kelulusan seratus peratusan.

“Alhamdulillah, pada 2010, sebanyak 17 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai keputusan seratus peratus dalam peperiksaan SPM, meningkat daripada 10 buah sekolah kepada 17 buah. Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang membanggakan,” katanya.

Turut diumumkan Pelajar Cemerlang tempat kedua iaitu Muhammad Aslam Ismail 12 A (10 A+, 1 A dan 1 A-).

Ketiga, Hilmi Hisham Marzuki (10 A+ dan 1 A-), ke empat Nik Muhammad Aiman Nik Kamil Amirah (8 A+ dan 3 A), dan kelima Ahmad Adib Mukhtar (8 A+ dan 3 A+, 2 A, 1 A-).

Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Azhar Salleh

Mar 28, 2011

Spread Islam with a beautiful of Salam

Posted by Kipas Angin at 3:01 PM 0 comments


A British man came to Sheikh and asked:
"Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?"

The Sheikh said:
"Can you shake hands with Queen Elizabeth?"

The British man said:
"Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth."

Sheikh replied:
"Our women are queens and queens do not shake hands with strange men"


Masya-Allah ;)


Gambar hiasan sahaja

Mar 25, 2011

Ucapan KHAS daripada Nisa' Selangor

Posted by Nisa' Selangor at 11:36 AM 0 comments
JUTAAN TAHNIAH !!!

KHAS BUAT ADIK-ADIK LEPASAN SPM 2010

Pencapaian dan kecemerlangan yang adik-adik miliki merupakan rezeki terbaik yang Allah SWT telah berikan.

Kepada adik-adik yang berjaya dengan cemerlang, syukuri pemberian tersebut dengan segenap jiwamu. Beruntung kerana adik-adik dipilih Allah SWT untuk merasai nikmat kegembiraan pemberian-Nya.

TETAPI

Kepada adik-adik yang kurang berjaya atau tidak dapat mencapai apa yang telah adik-adik target kan selama ini. Usahlah dirimu bersedih hati dan berduka lara.
Kerana adik-adik insan yang sangat beruntung yang telah dipilih oleh Allah SWT.

Kenapa?
Kerana Allah SWT memilih adik-adik untuk menerima ujian-Nya.
Tanda Allah SWT sangat sayang pada adik-adik.
Tetaplah bersyukur dengan apa yang Allah SWT telah berikan.
InsyaAllah, rezeki buat adik-adik akan sentiasa bertambah apabila adik-adik redha dengan kehendak-Nya.
" KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA "

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 286 :
"...Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

Maka..ingatlah wahai adik-adik ku !

Dalam surah ar-rahman, Allah SWT berulang kali berfirman:
" nikmat Tuhan yang mana lagikah yang ingin kamu dustakan? "

(^___^)

MABRUK! TAHNIAH! CONGRATULATIONS!


* di bawah ni, ada program khas untuk adik-adik*
open image in a new tab to enlarge

" Semoga segalanya dipermudahkan "


Mar 14, 2011

"I Love U,Allah!"

Posted by Nisa' Selangor at 11:30 AM 1 comments
~ Berubah ~



Wahai Allah yang Maha Lembut..
Wahai Allah yang Maha Luas Pandangan Rahmatnya..

Hatiku kini ntah kenape semakin banyak koyaknye..
2 bulan lepas ade 1 tempat koyak + 1 tercarik-carik siket..
Sebulan lepas bile aku scan, dah bertambah jadik 3 tempat koyak pulak..
Pastu aku plaster la kat tempat-tempat koyak tu..tapi Engkau tahu tak? Plaster tu tak nak lekat pulak..selalu tertanggal-tanggal...



Wahai Allah yang Maha Melihat..
Wahai Allah yang Kaya dengan sifat Pemurah...

Selalunya dulu-dulu aku rajin jugaklah gosok hati aku ni dgn kalamMu,
biasenye waktu Maghrib (paling kokak la..)
Tapi la ni bukan kate waktu Maghrib, kekadang tu buat Maghrib pong dah nak penghujung sangat-sangat,
Tak sempat la pulak nak bukak Kalam itu sebab aku sibok nak bersiap pergi miting pulak lepas tu..
Padahal aku tau, Engkau sangat cinta dengan hambaMu yang suka solat awal waktu..
Dan Engkau sangat rapat dengan hambaMu yang selalu panggil-panggil namaMu..
Tapi aku..??
Aku rase 'cahaya' aku macam malap je..

hmmm...Engkau 'nampak' aku tak ek?
mmmm....aku ni layak ke nak minta-minta dengan Engkau?

mmmm....




"Wahai Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang nyata & tersembunyi,
Engkau bersihkanlah hatiku dari sebarang keretakan akibat hal-hal dunia yang banyak kelalaian,
Engkau ringankanlah tubuh badanku untuk melakukan taat setia kepadaMu serta kebaikan-kebaikan untuk rapat kepadaMu..

Wahai Allah yang menggerakkan hati-hati manusia,
Engkau arahkanlah hatiku kepadaMu..Ya Allah...
Engkau bimbinglah diriku untuk menujuMu..Ya Allah...
Engkau peganglah hatiku supaya jiwaku sentiasa terang bercahaya..Ya Allah...


Wahai Tuhan penerima taubat..

Aku tahu aku seorang pendosa..
Aku tahu aku seorang yang menzalimi diri...

Maafkan diriku Ya Allah..
Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah..

Sesungguhnya aku dah takde tempat lain dah...
Aku tak ade sesiapa pun yang aku boleh mengadu, meminta atau tunduk melutut mintak ampun..

HanyaMu Ya Allah...

Allahu robbi...."



Luahan rasa Hamba Mu yang kerap berulang dosa :'(

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Anugerah khairat kematian sebanyak RM 2,500 tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial. PERCUMA! Anugerah istimewa Kerajaan Negeri Selangor untuk WARGA EMAS dan OKU

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Wanita Selangor

Wanita Selangor
Kembalikan rasa hormat dan hak kesaksamaan kepada wanita demi pemulihan keselamatan sosial

Ibu Tunggal Selangor (ITS)

Ibu Tunggal Selangor (ITS)
Salah satu objektifnya ialah sebagai sumber penyelaras dan perlaksanaan kursus-kursus kemahiran dan peningkatan pengetahuan bagi meningkatkan pengupayaan kapasiti (capacity building) ibu tunggal dan keluarga.

Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel)

Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel)
Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) ditubuhkan pada 8 Julai 2010 di bawah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YDAQAHS). Objektif penubuhannya ialah untuk mengurangkan isirumah miskin terutamanya di luar Bandar. SkimSel mengamalkan kaedah pemberian pembiayaan yang mudah, berpenyeliaan rapi dan berasaskan pematuhan disiplin kredit, tanpa cagaran, tanpa penjamin dan tanpa tindakan undang-undang.

nak kongsi petua/tips? emailkan kepada kami di teampronisa@gmail.com

Sape kate hampas kopi useless? Eh eh..korg jgn buang dulu hampas tu. Ia amat brguna utk mndapatkn wajah/kulit yg halus & bersih. Caranya, ambil hampas trsebut & tonyoh kt muka selama 10 min. Kemudian cuci dgn air bersih + selawat + doa penerang hati. Boleh amalkn setiap pg. Insyaallah licin & segar. Org pun sedap memandang. Boleh try sbg scrub bdn juga..(yg ini sy belum prnh try.sape2 yg prnh try,leh share keberjayaannya.hehee). Sy prnh cuba ms skolah dulu tp kt tgn la..(terkebetulan). Member skolh tegur tgn sy halus. Sy pelik jg sbb sy mmg x pakai lotion apa2. Just share dgn mereka, ramas2 la dgn hampas kopi. Nnt licin r...hehee... Kirenye ini backup utk cover line la klu mak mertua pelik tgn kta halus...hahaa..(pecah rahsia aku!!) kihkihh :) Slamat mencuba! ;)
 

Nisa' Selangor Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei