Dec 28, 2009

Update gambar JNS 09

Posted by Nisa' Selangor at 10:30 AM 5 comments


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, Jambori Nisa Selangor 09 telah pun tamat..tahniah diucapkan dari krew Nisa Selangor terutamanya kpd semua AJK, Urusetia, Fasi, Peserta, badan-badan NGO dan semua insan yang terlibat.


kpd semua yang tidak sempat untuk ambil gambar-gambar JNS 09, bolehlah download gambar di link di bawah ini :

http://s782.photobucket.com/home/nisaselangor/index

Semoga JNS 09 menjadi titik permulaan ukhwah yang erat antara kita. wasalam

'Ukhwah itu indah jika kita bertemu dan berpisah kerana-Nya'

Dec 23, 2009

menghitung detik JAMBORI NISA' SELANGOR

Posted by Nisa' Selangor at 4:24 PM 1 comments


1.0. OBJEKTIF

1.1. Membimbing peserta untuk memahami dan mengamalkan cara serta gaya hidup ISLAM yang hakiki.
1.2. Menyemai sifat kasih dan cintakan ISLAM dikalangan peserta.
1.3. Memantapkan jati diri remaja agar lebih berakhlak mulia, berdikari, berdisiplin serta saling bekerjasama antara satu sama lain.
1.4. Memupuk silaturrahim dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah sesama muslim.

2.0. PENYERTAAAN

2.1. Sasaran 308 orang peserta terdiri daripada adik-adik Teen Circle seluruh kawasan Selangor.
2.2. Terdapat dua kategori umur iaitu 13-15 tahun dan 16-18 tahun. Setiap kategori seramai 154 orang perempuan sahaja.
2.3. ** 50 orang dikalangan AJK & 40 orang fasilitator


3.0. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

3.1. Tarikh: 25 hingga 27 Disember 2009, Jumaat hingga Ahad.
3.2. Masa : 5.00 petang hingga 3.00 petang.
3.3.Tempat : Bukit Lagong, Selayang Selangor.
3.4 Peserta : 400 orang


Jumaat 25 Disember 2009
5.00 ptg Pendaftaran peserta & Pemasangan khemah
6.30 ptg Makan malam
7.00 mlm Solat Maghrib berjemaah
7.30 mlm Tazkirah Maghrib *atau diganti dengan sesi taklimat
8.30 mlm Solat Isyak berjemaah
9.00 mlm Perasmian JNS & Slot Bersama Motivator Jemputan
10.30 mlm Sesi simpulan KASIH – ta’ruf AJK & FASI
11.00 mlm Minum malam
11.30 mlm Bacaan al Mulk & tidur
Jungle tracking – TEAM B




Sabtu 26 Disember 2009
4.30 pg Persiapan untuk Qiyamullail – team A
5.00 pg Qiyamullail TEAM A
6.00 pg Solat Subuh berjemaah & bacaan al ma’thurat
Tazkirah Subuh: ‘ Scan HATI & Top-up IMAN ’
7.00 pg Riadah
7.30 pg Sarapan pagi
8.00 pg Tadbir diri & solat Dhuha
9.00 pg ‘ Ice breaking ’: JEJAK KAWAN
Pembahagian kumpulan & LDK 1: `Build-Up TEAM.
Pembentangan LDK 1
10.30 pg Minum pagi
10:45 pg I love ISLAM
*:13-15 thn Slot bersama Kak Nurul Syuhadah- UIAM
* 16-18 thn: Slot bersama Kak Hanisah- UKM
12.40 tgh Makan tengah hari
1.15 ptg Solat Zuhur berjemaah
2.00 ptg Kategori 13-15 thn
IMPAK MAKSIMA : ‘MUSLIMAH POWER !’ outdoor
Kategori 16-18 thn
‘MUSLIM SUPER! ‘ : Public speaking, diskusi semasa
IQ games
4.30 ptg Minum petang, Solat Asar berjemaah & bacaan al Ma’thurat
5.15 ptg Riadah – Explorasi MINDA
6.30 ptg Makan malam
7.00 ptg Solat Maghrib berjemaah & tazkirah Maghrib :
‘Activate AMAL & reload TAQWA’
8.30 mlm Solat Isyak berjemaah
9.00 mlm LDK 2: Connecting UMMAH
(tema kerjasama & Wehdatul fikr)
10.30 mlm MencintaiMU – kubius CINTA !
11.45 mlm Minum malam
12.00 mlm Bacaan al mulk& tidur
Jungle tracking – TEAM A





Ahad 27 Disember 2009
4.30 pg Persiapan untuk Qiyamullai – team B
5.00 pg Qiyamullail – team B
6.00 pg Solat Subuh berjemaah & bacaan al Ma’thurat &
tazkirah Subuh: ‘Cinta VS Cita-cita’
7.00 pg Riadah
7.45 pg Sarapan pagi
8.00 pg Tadbir diri & solat Dhuha
9.00 pg Kategori 16-18 thn
IMPAK MAKSIMA : ‘MUSLIMAH POWER! ’ outdoor
Kategori 13-15 thn
‘MUSLIM SUPER! ‘ : Public speaking, diskusi semasa
IQ games
10.30 pg Minum pagi
11.00 pg Di mana bumi dipijak di situ ISLAM kujunjung!
- pemerkasaan sahsiah
- touch and hold
- IMAN inside.
12.30 t/h Resolusi
1.00 ptg Makan tengah hari
1.30 ptg Solat Zohor berjemaah
2.00 ptg Runtuhan khemah
2.45 ptg Salam wida’ & bersurai


** mohon doakan.. agar segala perancangan kami berjalan dengan lancar...insyaallah.. syukran jazilan pada semua yg terlibat secara langsung dan secara tidak langsung ;) jumpe di BUKIT LAGONG!!




Selamat berjaya dan sekalung tahniah!

Posted by Nisa' Selangor at 9:28 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t,

post kali ini adalah di tujukan khas buat adik-adik yang bakal mengambil keputusan PMR yang di jangka keluar pada hari ini..pastinya ramai dari adik-adik yang berdebar-debar menantikan keputusan yang bakal keluar...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


khas buat adik-adik yang bakal mengambil keputusan PMR, Krew Nisa Selangor mengucapkan 'Selamat Berjaya' buat adik-adik..Semoga adik-adik mendapat keputusan yang terbaik dalam PMR kali ini..

kepada adik-adik yang sudah mengambil keputusan...kakak-kakak dari krew Nisa Selangor juga mengucapkan sekalung 'Tahniah!!' kepada semua yang berjaya..kami doakan adik-adik sentiasa istiqamah dalam menentukan kejayaan adik-adik...

kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, insyaAllah masih ada lagi peluang untuk adik-adik buktikan kemampuan adik..JANGAN PUTUS ASA!!

ingat ini, USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN..kami sentiasa bersama adik-adik..

SELAMAT BERJAYA!!!

Dec 16, 2009

CGPA Bukan Penentu Kejayaan

Posted by Nisa' Selangor at 1:36 PM 4 comments


oleh: Unit Pembangunan Insan (UPI), Nisa' Selangor


”Ish, takutnya nak tunggu result minggu depan”, kata adik saya menyatakan kerisauannya terhadap keputusan final exam semester lepas. Sekarang memang masanya, kebanyakan student U menanti-nanti keputusan exam dengan harapan yang menggunung tinggi.


Kegundahan menanti keputusan peperiksaan sememangnya dirasai oleh semua mahasiswa. Kadang-kadang yang lebih cemerlang akademiknya lebih rungsing daripada yang kurang cemerlang. Yang bijak rungsing takut-takut keputusan tidak memenuhi harapan, yang kurang cerdik ’cool’ sahaja, mungkin beranggapan cukuplah sekadar cukup-cukup makan. Dulunya semasa bergelar mahasiswa, saya juga rungsing cuma belajar berlagak tenang.


Mentaliti kebanyakan mahasiswa telah dikemuncupkan dengan ’mind setting’ yang pesimis tentang kecemerlangan. Bagi mereka kecemerlangan itu ialah duduk terperap di dalam bilik, belajar dan belajar, jawab peperiksaan, dapat CGPA sekurang-kurangnya 3.5 dan tamat pengajian dengan Ijazah kelas pertama. Mereka adalah golongan yang hanya mengangkat topi kepada mahasiswa yang berjaya menggapai kejayaan seperti itu. Tabiat pemikiran mereka bukan berada pada litar ’single track mind’- menjangkaui disiplin ilmu yang lain.


Sebaliknya, bagi pelajar yang tidak memenuhi sasaran kecemerlangan berdasarkan CGPA yang tinggi tetapi memiliki kemahiran dan kecenderungan tertentu telah dikesampingkan. Golongan ini bukannya kurang cerdik cuma kurang CGPA. Ketika ini timbul pandangan serong, ”itulah, aktif sangat berpersatuan sehingga akademik terabai”. Malah, aktivis persatuan ini dikatakan telah melakukan ’jenayah akademik’di mana penglibatan dalam organisasi sudah menjadi fitnah kerana akademik yang merudum.


Bukan mereka tidak berusaha tetapi sudah usaha, cuma keterbatasan dan kemampuan tertentu untuk meletakkan akademik sebagai subjek utama dalam kehidupan kemahasiswaan. Saya tabik golongan sebegini. Agenda hidupnya bukan setakat belajar tetapi cuba mencapai disiplin ilmu yang lain. Dengan pengalaman dan gerak kerja organisasi, golongan ini lahir dengan kecerdasan yang sangat seimbang. Baik dari segi Kecerdasan Intelektual (Intelectual Quotient - IQ), Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient - EQ) dan Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient - SQ) . Lebih-lebih lagi mereka yang menyatukan diri dengan sebuah organisasi Islam yang sudah tentu menerapkan elemen-elemen ‘multidisciplinary’ dalam setiap kegiatannya.


Salah satu program anjuran Nisa' Gombak, kawasan di bawah Nisa' Selangor untuk membawa remaja mendekati al-Quran.


Kami juga meraikan minat minat remaja belia untuk bermain & berhibur


Adakah anda ingin menjadi golongan dengan kerjaya bergaji besar, setelah penat bekerja lalu tidur, lapar cari makan, balik kampung bila rindu mak ayah, kahwin beranak pinak, sakit masuk hospital dan bila tua menunggu ajal? Atau menjadi golongan yang seimbang IQ, EQ dan SQ dan dengan keseimbangan itu, anda menyumbang sesuatu buat pembangunan masyarakat sekitar?


Mahasiswa atau penuntut yang pintar di sekolah (yang mempunyai keputusan peperiksaan dan CGPA yang bagus) belum tentu menjadi orang yang berjaya di dalam masyarakat. Dalam erti kata yang lain, kejayaan dalam hidup tidak hanya ditentukan oleh keputusan peperiksaan atau CGPA seseorang. CGPA hanya satu format penilaian kepada pelajar terhadap markah peperiksaan dan kerja kursus yang tidak mengambil kira sama ada pelajar itu betul-betul belajar, terpaksa belajar atau belajar untuk ambil peperiksaan semata-mata.


Maka tidak mustahil, ada di kalangan mereka yang membawa ‘toyol’ ke medan peperiksaan, menyalin assingment teman sekuliah, belajar bersama kekasih di kafeteria dan meninggalkan solat Subuh kerana tidak cukup tidur, turut mendapat CGPA yang tinggi. Adakah mereka di kalangan yang berjaya dalam hidup?


Ketulusan, integriti, tanpa maksud atau tujuan tertentu, rendah hati, rasa hidup bertuhan dan kecenderungan dalam kebajikan sosial adalah beberapa perkara penting dalam kehidupan spiritual yang memberi kepuasan menyeluruh apabila seseorang itu menemui kejayaan, malah kebahagiaan.


Namun jangan salah anggap. Saya tidak bermaksud anda tidak perlu berusaha untuk mendapat CGPA yang baik. Cuma jika anda berjaya mengejar banyak tuntutan dalam hidup terutama aktiviti spiritual, anda akan temui suatu cahaya yang menerangi lorong-lorong hidup anda yang semakin gelap.


Menurut Daniel Goleman iaitu seorang ahli psikologi, Kecerdasan Intelektual (IQ) hanya menyumbang lebih kurang 5 hingga 10 peratus kejayaan hidup. Selebihnya adalah gabungan beberapa faktor lain, yang salah satunya adalah kecerdasan emosi. Menurut Paul Stoltz pula, IQ adalah sebahagian kecil daripada pohon kejayaan dalam segala hal. Stoltz yang menulis buku terkenal, Adversity Quotient (Gramedia, 2000), mengatakan, usaha, bakat dan kemahuan, sifat, kesihatan kecerdasan, faktor genetik, pendidikan, dan keyakinan adalah kunci kejayaan manusia.


Kecerdasan boleh bersifat kontekstual. Masalah yang dihadapi ataupun keadaan, menjadi faktor penting ketika kecerdasan ditentukan atau dikenal pasti. Sebagai contoh, ketika seorang mengalami kerosakan kereta, siapakah yang lebih diperlukan? Seorang profesor ekonomi berkelulusan PhD luar negara atau seorang mekanik lulusan politeknik? Saya yakin, semuanya akan menjawab mekanik, walaupun dia hanya berkelulusan sijil politeknik. Maka, siapakah yang lebih bijak antara keduanya dalam hal ini? Kenyataan ini sekaligus menunjukkan kecerdasan bersifat konstektual.


Sebahagian yang lain lebih mengagumi Thomas Edison daripada peninju Muhammad Ali. Sebahagian yang lain pula mengagumi Albert Einstein daripada Mike Tyson. Ini tidak salah. Namun ia membuktikan kurangnya penghargaan kepada kemampuan lain yang dimiliki oleh setiap orang yang berlainan. Jika dinilai dari sudut IQnya, mungkin Thomas Edison dan Albert Einstein lebih pintar, tetapi dari sudut kecerdasan kinestatik Muhammad Ali dan Mike Tyson lebih hebat.


Anda juga punyai kelebihan dan kecenderungan tertentu. Cari, gali dan bangunkan keistimewaan yang anda miliki walaupun setakat mahir menggubah bunga atau melukis kartun. Tidak mustahil bunga yang anda gubah memikat hati manusia lantas mengagungkan kebesaran Allah dan kartun yang anda lakar berguna sebagai medium dakwah menyedarkan manusia.


Kekuatan terbesar bukan terletak pada bahagian luar tubuh badan manusia, tetapi ada pada diri manusia itu sendiri. Masalahnya, manusia kurang mengenal dirinya. Betul apa yang dikatakan oleh Socrates apabila dia mengatakan masalah utama manusia adalah pengenalan diri. ”Gnothi Teauton,” kata Scorates yang bermaksud ”Kenalilah diri anda sendiri!”.


Alangkah ruginya mereka yang merendah diri kerana tidak berpelajaran tinggi, rugi lagi yang meninggi diri dengan kerjaya dan jawatan tetapi tidak memahami tujuan sebenar kehidupan. Anda beruntung jika berada dalam kelompok ketiga ini. Iaitu mengenalpasti kemahiran dan kecenderungan diri lalu bangunkan ia atas nama Islam. Kenal diri, anda akan temui sesuatu yang membanggakan!



Anda pandai melukis? Apa kata anda bangunkan kemahiran itu atas nama Islam. Lihat seperti lukisan di atas.



Dec 15, 2009

JNS '09

Posted by Nisa' Selangor at 8:35 AM 6 comments

Hot!!!
Nisa Selangor akan menganjurkan Jamboree Nisa Selangor 2009 (JNS '09) pada:
25 hingga 27 Disember 2009 (Jumaat hingga Ahad)
bertempat di Pusat Latihan Belia, Bukit Lagong, Selayang
Terdapat pelbagai aktiviti menari, kreatif dan ceria yang bakal mengikat hati adik-adik dan semua crew. Penyertaan terbuka kepada semua remaja perempuan berumur 13 - 15 tahun (Team A) dan 16 - 18 tahun (Team B).
Stay With Us
I'm A Super Muslim !!!!!

Dec 12, 2009

Terima Keputusan 5A UPSR Depan Jenazah Ibu

Posted by Nisa' Selangor at 6:47 PM 1 comments
Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama


sumber dari : www.iluvislam.com

Perkongsian: Bang, saya dah berhenti couple, tapi…

Posted by Nisa' Selangor at 6:34 PM 0 comments
cinta kita, atas apa kita membinanya?

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.

Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.

Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta

Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.

Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la

Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?

Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?

Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.

Sumber : http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bang-saya-dah-berhenti-couple-tapi%e2%80%a6/

Nov 23, 2009

-under constructiOns-

Posted by Nisa' Selangor at 11:23 PM 0 comments



Bismillah walhamdulillah..memohon sejuta kemaafan atas sesawang dalam blog ini.
kini, dalam proses baik pulih dan menaik taraf maklumat. harapan agar dapat menyulam tenunan cindai s.a.b.a.r agar tampak lebih indah nan berseri..hehee..


tunggu ye..nantikan kemuculan info yang gempak lagi sensasi....upss informasi yg berbentuk ilmiah, penyucian taman hati serta memobilasikan motivasi diri ke arah yg lebih sinergi dan berEnergi..insyaallah..
selamat berjuang..selamat meneruskan kehidupan ;)



Sep 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Posted by Nisa' Selangor at 9:10 PM 0 comments

assalamualaikum w.b.t,


alhamdulillah..ramadhan bakal melabuhkan tirainya..manakala syawal datang memberikan kemenangan terhadap setiap ujian yang berjaya kita lalui di sepanjang bulan ramadhan...Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk meraikan kemenangan menghadapi ujian Ramadhan..TAHNIAH kami ucapkan dari Nisa' Selangor~


Di kesempatan ini, Nisa' Selangor ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI

maaf zahir dan batin..


semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna buat semua umat islam di bumi Selangor mahupun Malaysia..akhir kata dari kami buat mereka yang memandu,

'Memandulah dengan berhati-hati...ingatlah orang yang anda sayangi'

Semoga selamat sampai ke destinasi


Salam aidilfitri dari Nisa' Selangor~

Aug 24, 2009

Marhaban ya Ramadhan~

Posted by Nisa' Selangor at 4:50 PM 0 comments

assalamualaikum w.b.t,

warga Nisa Negeri Selangor mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua..semuga setiap amal ibadah ini di terima Allah..

"Marhaban ya Ramadhan"

Aug 14, 2009

Pelancaran Tadarus dan Khatam Al-Quran

Posted by Nisa' Selangor at 12:04 PM 0 comments

assalamualaikum w.b.t,
kawan-kawan...jom kite ke Pelancaran Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana..

InsyaAllah tadarus ini akan dijayakan oleh remaja dan belia-belia di Negeri Selangor..ape lagi adik-adik, Jom meriahkannya...!!!

details program seperti berikut :-

Tarikh : 16 August 2009
Tempat : Masjid Pkn Meru
Masa : 8.00 am - 12 pm


"The more, The merrier!!!!"

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Anugerah khairat kematian sebanyak RM 2,500 tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial. PERCUMA! Anugerah istimewa Kerajaan Negeri Selangor untuk WARGA EMAS dan OKU

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Wanita Selangor

Wanita Selangor
Kembalikan rasa hormat dan hak kesaksamaan kepada wanita demi pemulihan keselamatan sosial

Ibu Tunggal Selangor (ITS)

Ibu Tunggal Selangor (ITS)
Salah satu objektifnya ialah sebagai sumber penyelaras dan perlaksanaan kursus-kursus kemahiran dan peningkatan pengetahuan bagi meningkatkan pengupayaan kapasiti (capacity building) ibu tunggal dan keluarga.

Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel)

Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel)
Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) ditubuhkan pada 8 Julai 2010 di bawah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YDAQAHS). Objektif penubuhannya ialah untuk mengurangkan isirumah miskin terutamanya di luar Bandar. SkimSel mengamalkan kaedah pemberian pembiayaan yang mudah, berpenyeliaan rapi dan berasaskan pematuhan disiplin kredit, tanpa cagaran, tanpa penjamin dan tanpa tindakan undang-undang.

nak kongsi petua/tips? emailkan kepada kami di teampronisa@gmail.com

Sape kate hampas kopi useless? Eh eh..korg jgn buang dulu hampas tu. Ia amat brguna utk mndapatkn wajah/kulit yg halus & bersih. Caranya, ambil hampas trsebut & tonyoh kt muka selama 10 min. Kemudian cuci dgn air bersih + selawat + doa penerang hati. Boleh amalkn setiap pg. Insyaallah licin & segar. Org pun sedap memandang. Boleh try sbg scrub bdn juga..(yg ini sy belum prnh try.sape2 yg prnh try,leh share keberjayaannya.hehee). Sy prnh cuba ms skolah dulu tp kt tgn la..(terkebetulan). Member skolh tegur tgn sy halus. Sy pelik jg sbb sy mmg x pakai lotion apa2. Just share dgn mereka, ramas2 la dgn hampas kopi. Nnt licin r...hehee... Kirenye ini backup utk cover line la klu mak mertua pelik tgn kta halus...hahaa..(pecah rahsia aku!!) kihkihh :) Slamat mencuba! ;)
 

Nisa' Selangor Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei