Dec 16, 2009

CGPA Bukan Penentu Kejayaan

Posted by Nisa' Selangor at 1:36 PM


oleh: Unit Pembangunan Insan (UPI), Nisa' Selangor


”Ish, takutnya nak tunggu result minggu depan”, kata adik saya menyatakan kerisauannya terhadap keputusan final exam semester lepas. Sekarang memang masanya, kebanyakan student U menanti-nanti keputusan exam dengan harapan yang menggunung tinggi.


Kegundahan menanti keputusan peperiksaan sememangnya dirasai oleh semua mahasiswa. Kadang-kadang yang lebih cemerlang akademiknya lebih rungsing daripada yang kurang cemerlang. Yang bijak rungsing takut-takut keputusan tidak memenuhi harapan, yang kurang cerdik ’cool’ sahaja, mungkin beranggapan cukuplah sekadar cukup-cukup makan. Dulunya semasa bergelar mahasiswa, saya juga rungsing cuma belajar berlagak tenang.


Mentaliti kebanyakan mahasiswa telah dikemuncupkan dengan ’mind setting’ yang pesimis tentang kecemerlangan. Bagi mereka kecemerlangan itu ialah duduk terperap di dalam bilik, belajar dan belajar, jawab peperiksaan, dapat CGPA sekurang-kurangnya 3.5 dan tamat pengajian dengan Ijazah kelas pertama. Mereka adalah golongan yang hanya mengangkat topi kepada mahasiswa yang berjaya menggapai kejayaan seperti itu. Tabiat pemikiran mereka bukan berada pada litar ’single track mind’- menjangkaui disiplin ilmu yang lain.


Sebaliknya, bagi pelajar yang tidak memenuhi sasaran kecemerlangan berdasarkan CGPA yang tinggi tetapi memiliki kemahiran dan kecenderungan tertentu telah dikesampingkan. Golongan ini bukannya kurang cerdik cuma kurang CGPA. Ketika ini timbul pandangan serong, ”itulah, aktif sangat berpersatuan sehingga akademik terabai”. Malah, aktivis persatuan ini dikatakan telah melakukan ’jenayah akademik’di mana penglibatan dalam organisasi sudah menjadi fitnah kerana akademik yang merudum.


Bukan mereka tidak berusaha tetapi sudah usaha, cuma keterbatasan dan kemampuan tertentu untuk meletakkan akademik sebagai subjek utama dalam kehidupan kemahasiswaan. Saya tabik golongan sebegini. Agenda hidupnya bukan setakat belajar tetapi cuba mencapai disiplin ilmu yang lain. Dengan pengalaman dan gerak kerja organisasi, golongan ini lahir dengan kecerdasan yang sangat seimbang. Baik dari segi Kecerdasan Intelektual (Intelectual Quotient - IQ), Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient - EQ) dan Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient - SQ) . Lebih-lebih lagi mereka yang menyatukan diri dengan sebuah organisasi Islam yang sudah tentu menerapkan elemen-elemen ‘multidisciplinary’ dalam setiap kegiatannya.


Salah satu program anjuran Nisa' Gombak, kawasan di bawah Nisa' Selangor untuk membawa remaja mendekati al-Quran.


Kami juga meraikan minat minat remaja belia untuk bermain & berhibur


Adakah anda ingin menjadi golongan dengan kerjaya bergaji besar, setelah penat bekerja lalu tidur, lapar cari makan, balik kampung bila rindu mak ayah, kahwin beranak pinak, sakit masuk hospital dan bila tua menunggu ajal? Atau menjadi golongan yang seimbang IQ, EQ dan SQ dan dengan keseimbangan itu, anda menyumbang sesuatu buat pembangunan masyarakat sekitar?


Mahasiswa atau penuntut yang pintar di sekolah (yang mempunyai keputusan peperiksaan dan CGPA yang bagus) belum tentu menjadi orang yang berjaya di dalam masyarakat. Dalam erti kata yang lain, kejayaan dalam hidup tidak hanya ditentukan oleh keputusan peperiksaan atau CGPA seseorang. CGPA hanya satu format penilaian kepada pelajar terhadap markah peperiksaan dan kerja kursus yang tidak mengambil kira sama ada pelajar itu betul-betul belajar, terpaksa belajar atau belajar untuk ambil peperiksaan semata-mata.


Maka tidak mustahil, ada di kalangan mereka yang membawa ‘toyol’ ke medan peperiksaan, menyalin assingment teman sekuliah, belajar bersama kekasih di kafeteria dan meninggalkan solat Subuh kerana tidak cukup tidur, turut mendapat CGPA yang tinggi. Adakah mereka di kalangan yang berjaya dalam hidup?


Ketulusan, integriti, tanpa maksud atau tujuan tertentu, rendah hati, rasa hidup bertuhan dan kecenderungan dalam kebajikan sosial adalah beberapa perkara penting dalam kehidupan spiritual yang memberi kepuasan menyeluruh apabila seseorang itu menemui kejayaan, malah kebahagiaan.


Namun jangan salah anggap. Saya tidak bermaksud anda tidak perlu berusaha untuk mendapat CGPA yang baik. Cuma jika anda berjaya mengejar banyak tuntutan dalam hidup terutama aktiviti spiritual, anda akan temui suatu cahaya yang menerangi lorong-lorong hidup anda yang semakin gelap.


Menurut Daniel Goleman iaitu seorang ahli psikologi, Kecerdasan Intelektual (IQ) hanya menyumbang lebih kurang 5 hingga 10 peratus kejayaan hidup. Selebihnya adalah gabungan beberapa faktor lain, yang salah satunya adalah kecerdasan emosi. Menurut Paul Stoltz pula, IQ adalah sebahagian kecil daripada pohon kejayaan dalam segala hal. Stoltz yang menulis buku terkenal, Adversity Quotient (Gramedia, 2000), mengatakan, usaha, bakat dan kemahuan, sifat, kesihatan kecerdasan, faktor genetik, pendidikan, dan keyakinan adalah kunci kejayaan manusia.


Kecerdasan boleh bersifat kontekstual. Masalah yang dihadapi ataupun keadaan, menjadi faktor penting ketika kecerdasan ditentukan atau dikenal pasti. Sebagai contoh, ketika seorang mengalami kerosakan kereta, siapakah yang lebih diperlukan? Seorang profesor ekonomi berkelulusan PhD luar negara atau seorang mekanik lulusan politeknik? Saya yakin, semuanya akan menjawab mekanik, walaupun dia hanya berkelulusan sijil politeknik. Maka, siapakah yang lebih bijak antara keduanya dalam hal ini? Kenyataan ini sekaligus menunjukkan kecerdasan bersifat konstektual.


Sebahagian yang lain lebih mengagumi Thomas Edison daripada peninju Muhammad Ali. Sebahagian yang lain pula mengagumi Albert Einstein daripada Mike Tyson. Ini tidak salah. Namun ia membuktikan kurangnya penghargaan kepada kemampuan lain yang dimiliki oleh setiap orang yang berlainan. Jika dinilai dari sudut IQnya, mungkin Thomas Edison dan Albert Einstein lebih pintar, tetapi dari sudut kecerdasan kinestatik Muhammad Ali dan Mike Tyson lebih hebat.


Anda juga punyai kelebihan dan kecenderungan tertentu. Cari, gali dan bangunkan keistimewaan yang anda miliki walaupun setakat mahir menggubah bunga atau melukis kartun. Tidak mustahil bunga yang anda gubah memikat hati manusia lantas mengagungkan kebesaran Allah dan kartun yang anda lakar berguna sebagai medium dakwah menyedarkan manusia.


Kekuatan terbesar bukan terletak pada bahagian luar tubuh badan manusia, tetapi ada pada diri manusia itu sendiri. Masalahnya, manusia kurang mengenal dirinya. Betul apa yang dikatakan oleh Socrates apabila dia mengatakan masalah utama manusia adalah pengenalan diri. ”Gnothi Teauton,” kata Scorates yang bermaksud ”Kenalilah diri anda sendiri!”.


Alangkah ruginya mereka yang merendah diri kerana tidak berpelajaran tinggi, rugi lagi yang meninggi diri dengan kerjaya dan jawatan tetapi tidak memahami tujuan sebenar kehidupan. Anda beruntung jika berada dalam kelompok ketiga ini. Iaitu mengenalpasti kemahiran dan kecenderungan diri lalu bangunkan ia atas nama Islam. Kenal diri, anda akan temui sesuatu yang membanggakan!



Anda pandai melukis? Apa kata anda bangunkan kemahiran itu atas nama Islam. Lihat seperti lukisan di atas.



4 comments:

Anonymous said...

salam ukhti...
maaf ana tanye...
ape ye tajuk halwa telinga yg ukhti letak d blog ni... ???
trima kasih... :)

Pelima Media on December 22, 2009 at 9:44 AM said...

Salam,

tulisan awak semuanya penyampaian menarik dan mudah difahami. semoga mesej diterima dan diingati selamanya..

Tahniah, teruskan usaha dalam menyampaikan ilmu dan pengalaman!

www.pelimamedia.blogspot.com

Nisa' Selangor on December 23, 2009 at 10:23 AM said...

Anonymous,

wasalam..tajuknya muhasabah cinta ed-coustic

Pelima Media,
wasalam...alhamdulillah, kami juga mengalu-alukan kritikan membina dari sahabat-sahabat.

Anonymous said...

salam..
bagaimana sekiranya CGPA kelas pertama serta aktif didalam persatuan dan sukan?
sebenarnya mahasiswa harus bijak membahgikan masa =) xsalah nak aktif,tapi jgn tinggalkan pelajaran..amanah yg dipikul selama bergelar pelajar adalah untuk belajar..yg penting sematkan dalam jiwa, kejayaan itu adalah utk agama dan negara..

Post a Comment


Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Anugerah khairat kematian sebanyak RM 2,500 tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial. PERCUMA! Anugerah istimewa Kerajaan Negeri Selangor untuk WARGA EMAS dan OKU

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Wanita Selangor

Wanita Selangor
Kembalikan rasa hormat dan hak kesaksamaan kepada wanita demi pemulihan keselamatan sosial

Ibu Tunggal Selangor (ITS)

Ibu Tunggal Selangor (ITS)
Salah satu objektifnya ialah sebagai sumber penyelaras dan perlaksanaan kursus-kursus kemahiran dan peningkatan pengetahuan bagi meningkatkan pengupayaan kapasiti (capacity building) ibu tunggal dan keluarga.

Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel)

Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel)
Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) ditubuhkan pada 8 Julai 2010 di bawah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YDAQAHS). Objektif penubuhannya ialah untuk mengurangkan isirumah miskin terutamanya di luar Bandar. SkimSel mengamalkan kaedah pemberian pembiayaan yang mudah, berpenyeliaan rapi dan berasaskan pematuhan disiplin kredit, tanpa cagaran, tanpa penjamin dan tanpa tindakan undang-undang.

nak kongsi petua/tips? emailkan kepada kami di teampronisa@gmail.com

Sape kate hampas kopi useless? Eh eh..korg jgn buang dulu hampas tu. Ia amat brguna utk mndapatkn wajah/kulit yg halus & bersih. Caranya, ambil hampas trsebut & tonyoh kt muka selama 10 min. Kemudian cuci dgn air bersih + selawat + doa penerang hati. Boleh amalkn setiap pg. Insyaallah licin & segar. Org pun sedap memandang. Boleh try sbg scrub bdn juga..(yg ini sy belum prnh try.sape2 yg prnh try,leh share keberjayaannya.hehee). Sy prnh cuba ms skolah dulu tp kt tgn la..(terkebetulan). Member skolh tegur tgn sy halus. Sy pelik jg sbb sy mmg x pakai lotion apa2. Just share dgn mereka, ramas2 la dgn hampas kopi. Nnt licin r...hehee... Kirenye ini backup utk cover line la klu mak mertua pelik tgn kta halus...hahaa..(pecah rahsia aku!!) kihkihh :) Slamat mencuba! ;)
 

Nisa' Selangor Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei