Dec 12, 2009

Terima Keputusan 5A UPSR Depan Jenazah Ibu

Posted by Nisa' Selangor at 6:47 PM
Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama


sumber dari : www.iluvislam.com

1 comments:

IDah on December 22, 2009 at 1:54 AM said...

salam! terharu saya membaca cerita Nur amirah..semoga adik kecil itu tabah mengharungi hidup ini..Allah tak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya..Yakin dengan ketentuan Illahi dan jangan putus asa..

Post a Comment


Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Anugerah khairat kematian sebanyak RM 2,500 tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial. PERCUMA! Anugerah istimewa Kerajaan Negeri Selangor untuk WARGA EMAS dan OKU

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Wanita Selangor

Wanita Selangor
Kembalikan rasa hormat dan hak kesaksamaan kepada wanita demi pemulihan keselamatan sosial

Ibu Tunggal Selangor (ITS)

Ibu Tunggal Selangor (ITS)
Salah satu objektifnya ialah sebagai sumber penyelaras dan perlaksanaan kursus-kursus kemahiran dan peningkatan pengetahuan bagi meningkatkan pengupayaan kapasiti (capacity building) ibu tunggal dan keluarga.

Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel)

Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel)
Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) ditubuhkan pada 8 Julai 2010 di bawah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YDAQAHS). Objektif penubuhannya ialah untuk mengurangkan isirumah miskin terutamanya di luar Bandar. SkimSel mengamalkan kaedah pemberian pembiayaan yang mudah, berpenyeliaan rapi dan berasaskan pematuhan disiplin kredit, tanpa cagaran, tanpa penjamin dan tanpa tindakan undang-undang.

nak kongsi petua/tips? emailkan kepada kami di teampronisa@gmail.com

Sape kate hampas kopi useless? Eh eh..korg jgn buang dulu hampas tu. Ia amat brguna utk mndapatkn wajah/kulit yg halus & bersih. Caranya, ambil hampas trsebut & tonyoh kt muka selama 10 min. Kemudian cuci dgn air bersih + selawat + doa penerang hati. Boleh amalkn setiap pg. Insyaallah licin & segar. Org pun sedap memandang. Boleh try sbg scrub bdn juga..(yg ini sy belum prnh try.sape2 yg prnh try,leh share keberjayaannya.hehee). Sy prnh cuba ms skolah dulu tp kt tgn la..(terkebetulan). Member skolh tegur tgn sy halus. Sy pelik jg sbb sy mmg x pakai lotion apa2. Just share dgn mereka, ramas2 la dgn hampas kopi. Nnt licin r...hehee... Kirenye ini backup utk cover line la klu mak mertua pelik tgn kta halus...hahaa..(pecah rahsia aku!!) kihkihh :) Slamat mencuba! ;)
 

Nisa' Selangor Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei